Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Putat

 Putat Ni pun sejenis tumbuhan ulaman yang dah hampir pupus. Jarang orang tanam , cuma kutip dari habitat liar saja.  Ni salah satu ulam feberet saya dari zaman kanak kanak sampailah sekarang . Yang biasa dimakan ialah pucuknya dan buahnya yang muda dibuat ulam. Kalau di utara pucuknya dibuat perencah laksa bersama bawang dan cili yang tabur kat ata tu. Memang sedap rasanya kelat kelat lemak . Pokok putat ni biasanya tumbuh di kawasan tanah lembap samada tepi laut, tepi sungai, tepi paya atau tepi sawah. Tapi ada juga putat hutan yang tumbuh di tanah tinggi di tepi jeram. Saya ada jumpa di tepi jeram Sungai Liang di Raub Pahang dulu.  Sekarang ni susah nak jumpa, jarang ada dijual. Cuma kadang kadang saya terjumpa orang jual di pasar tani atau pasar malam. Pucuknya satu ikat rm 1. buahnya sekitar 5 biji rm 2. Buahnya pun sedap dibuat ulam rasa rangup, sedikit kelat dan lemak , cicah dengan sambal belacan memang terangkat. Ni pun patutnya petani kita tanam secara komesial ...

Petua merawat sakit telinga berair atau bernanah

Petua merawat sakit telinga berair atau bernanah Sebarang penyakit, tidak kenal usia. Setiap penyakit yang kita alami, mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Berkaitan gambar di atas ialah gambar pokok lidah jin. Pokok lidah jin memiliki hampir 70 spesis. Maka, terdapat pelbagai jenis dan rupa. Namun, bentuk daunnya adalah hampir serupa. Pokok ini terdapat pelbagai kegunaan untuk merawat penyakit sakit telinga (bernanah @ keluar air bisa). Oleh itu, dapatkan daun lidah jin sama ada di nursery atau ambil lidah jin yang tumbuh meliar. Jika kita mengambil daun lidah jin yang tumbuh meliar, asasnya haruslah kita memohon kebenaran terlebih dahulu dengan niat untuk mengubati penyakit. Bagi yang memahami perkaitan konsep kehidupan di alam nyata dan alam ghaib akan mengetahui tujuan memohon kebenaran tersebut. Hidup biar bersopan dan memahami hak orang lain! Setelah itu, daun itu disalai kulit hijau itu hingga keperangan. Perah dan ambilkan ...

Pokok Herba Banyak Kegunaan

Pokok Herba Banyak Kegunaan Nama lokal : Pokok telinga kera / water grass bamboo  Id:  Tradescantia albiflora Nama Lain: creeping Christian, green wandering Jew, inch plant, inch-plant, small leaf spiderwort, small-leaf spiderwort, spider wort, spider-wort, spiderwort, trad, wanderer, wandering creeper, wandering Jew, wandering trad, wandering tradescantia, wandering Willie, water spiderwort, white flowered wandering Jew, white-flowered wandering Jew. ○● Ade yang tanam tak tau pun pokok ni boleh buat ubat kat thailand dieorg ade ladang.. tgk video td kt youtube siap boleh buat jemput2 udang letak hirisan pokok ni..  ○● air rebusan pokok ni boleh digunakan dalam rawatan penyakit buah pinggang, diuretik juga boleh mengurangkan halangan saluran kencing. Rawatan untuk pembesaran prostat. Melegakan bengkak, memanaskan toksin, gigitan ular,  digunakan untuk merawat kelenjar getah bening, keradangan, cirit-birit, cirit-birit. ○● Digunakan sebagai herba segar atau kering, pe...

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL Pernah dengar buah matoa? Mungkin sebagian besar merasa asing dengan jeni buah ini. Padahal, pohon matoa termasuk salah satu tanaman asli Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai delapan belas meter ini banyak ditemukan di daerah Papua. Uniknya, rasa buah matoa seperti campuran dari beberapa buah kelengkeng, rambutan dan durian. Penasaran apa saja manfaat buah matoa? Yuk simak penjelasannya di sini. Manfaat buah matoa 1. Bantu penuhi kebutuhan vitamin dan mineral suplemen vitamin c cara mengatasi anemia Salah satu alasan kenapa Anda harus mencoba makan buah matoa adalah kandungan gizi yang dimiliki buah ini cukup tinggi. Buah matoa kaya akan vitamin C dan E, yang diandalkan untuk menangkal radikal bebas dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga berguna untuk mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Sedangkan vitamin E dapat membantu memelihara kesehatan kulit dan kesuburan pria. Dalam buah berkonsistensi kenyal ini terkandung pula beberapa mi...

Pokok Bangun-bangun

Pokok Bangun-bangun Bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, hati-hati hijau atau sedingin ataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus amboinicus merupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan. Pengelasan saintifik Ia selalunya dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin. Ciri botani Renek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau jintan hitam. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan...

kebaikan kulit pisang

Salam semua,perkongsian tentang kulit pisang.. dari membazir buang ke dalam tong sampah, apa kata kita manfaatkan, banyak kebaikan kulit pisang sebenarnya tau.. 10 Kegunaan Kulit Pisang untuk tanaman kita. Lepas ni jangan buang ye kulit pisang, boleh jadi baja organik dan suburkan tanah sekaligus, tanaman pun gebus.. Kulit pisang sangat kaya dengan kalsium, magnesium, sulfur, potassium, fosphat dan sodium. Semua bahan ini sangat penting kepada tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, menggalakkan pertumbuhan dan membantu dalam penghasilan bunga dan buah yang tinggi. Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman. Berikut adalah 10 kegunaan kulit pisang yang kita semua perlu tahu: 1. Semburan baja Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terura...

KULIT KERANG BAJA TAMBAHAN EFEKTIF ?

KULIT KERANG BAJA TAMBAHAN EFEKTIF ?   Anadara granosa ataupun lebih dikenali dengan nama kerang adalah antara makanan laut popular dan mudah ditemui di pasaran.  Tahu kah anda kulit kerang mengandungi unsur kalsium karbonat yang tinggi selain kandungan mineral lain seperti potassium dan fosforus. Kalsium karbonat antara unsur yang digunakan dalam dunia perkebunan untuk meneutralkan kandungan asid dalam tanah (meningkatkan kadar pH), oleh itu kebiasaannya tanaman akan tumbuh dengan lebih subur. Meletakkan kulit kerang yang telah dicuci ke dalam pasu orkid anda antara petua yang digunakan untuk meningkatkan kesuburan pokok tersebut.  Kulit kerang yang kebiasaannya dibuang begitu sahaja kini boleh diletakkan sebagai salah satu cara memberi nutrient tambahan kepada orkid kesayangan anda.  Tidak perlu dalam kuantiti yang banyak, hanya beberapa kulit kerang sahaja sudah mencukupi.

Pokok Duri Tujuh Bilah

Pokok Duri Tujuh Bilah Try semai keratannya.. 2 minggu lagi Baru tahu jadi ke tak.. Sedikit info tentang pokok Duri Tujuh Bilah yg diambil Dari blog rayyanhaikal.. Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEAN yang lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan jenis paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis p...

Penyediaan media/tanah untuk tanam kantan

Bunga kantan memang selalu kita guna dalam masakan, jadi berbaloi kalau tanam sendiri di rumah, apatah lagi dengan harganya yang boleh tahan juga mahal. Kalau tanam guna biji benih Selain beli dari nursery boleh juga ambil bunga kantan yang dah matang. Cari di kelopak biji yg dah hitam. Itu kira dah boleh dibuat benih. Nak semai kenalah sediakan bekas semaian macam cawan plastik tak pun kalau nak jimat gunalah bekas yg terbuang. Jimat. 2. Penyediaan media/tanah untuk tanam kantan Kemudian kena sediakan media yg baik, boleh guna potting soil yg dibeli dari kedai nusery. Boleh juga guna media cocopeat yg dicampurkan dgn sekam padi bakar dan vermiculite. Kalau tiada juga media tu semua gunalah tanah hitam atau biasa yang digaul dgn kompos..ok settle 3. Rendam dulu kalau nak bunga elok Kalau nak nak hasil yg bagus, bunga kembang setaman rendam benih kantan dgn cecair EM (Enoculent microbial) selama sejam dan toskan. Sementara menunggu benih kantan tos airnya, sediakan media semaian dgn mem...

Ganoderma.

Pagi ini ikut team census buat bancian ganoderma. Tiap pokok yang ada simptom kena tanda dengan cat merah.  Ganoderma adalah penyebab kepada penyakit RPB ( Reput Pangkal Batang ) atau RBA ( Reput Batang Atas ).  Ganoderma senang nak berjangkit pada pokok lain. Sama ada merebak melalui sentuhan akar ataupun melalui spora.  Ada tiga jenis spesis Ganoderma.  1. Ganoderma boninense 2. Ganoderma zonatum 3. Ganoderma miniatocinctum Tiga jenis spesis ini adalah jenis pathogenic.  Setakat ini belum ada ubat untuk pokok yang terkena serangan Ganoderma.Kajian sekarang banyak terarah kepada penggunaan microbes dengan “ fungicide treatment”.  Dekat fakulti pertanian dulu, bab ini masuk dalam subjek Pathologi Tumbuhan. Tapi saya tak minat nak teropong mikroskop. Haha Jadi, Ada beberapa langkah awal yang boleh diambil untuk elak serangan makin teruk. Contohnya, soil mounding atau sanitasi.  Apapun, Ganoderma ni tak leh buat main. Banyak kerugian nak kena tanggung....

Kadang saya perasan jugak dalam FB sesetengah peniaga tersalah bagi info produk baja yang dia jual

Kadang saya perasan jugak dalam FB sesetengah peniaga tersalah bagi info produk baja yang dia jual.  “Soil amendment” claim kata baja. Tapi, hakikatnya fungsi soil amendment belum sampai pada tahap baja. “Soil amendment” ataupun “ Soil conditioner” dalam bahasa melayu adalah pinda tanah. Fungsinya, untuk merawat dan baiki struktur sifat tanah.  Contoh, kita tabur dolomite untuk naikkan pH tanah. Dolomite masih dikira sebagai pinda tanah walaupun ada juga unsur nutrien Mg dan Ca dalamnya.  Dolomite kena tabur cukup cukup saja. Tak boleh tabur lebih dan ditabur bila perlu sahaja. Bukan tiap tahun kena tabur.  Kalau dah terlebih tabur akan bagi kesan pada pokok. Contoh, unsur seperti ferum, phosphate,boron,mangan dan kuprum tak boleh pokok ambil bila dah terlebih letak dolomite. Ini disebabkan oleh kandungan Ca yang dah terlebih dalam tanah.  Ada yang saya baca, dolomite boleh tahan sampai 3 tahun dalam tanah. Jadi kena periksa pH tanah dulu sebelum tabur. Kesan te...

CPO sawit

CPO sawit sekarang tengah mahal. Molek juga kalau kita susuri sejarah perjalanan sawit di negara kita ni. Saya pecahkan pada empat zaman. Begini ceritanya lebih-lebih kurang,  Pada tahun 1848,empat anak benih sawit dari Afrika telah dibawa ke Taman Botani di Bogor Indonesia oleh orang Belanda ( permulaan industri sawit di Asia tenggara). Pada tahun 1880 an tanaman sawit mula ditanam di Deli Sumatera sebagai tanaman hiasan. Di Malaysia , sejarah penanaman kelapa sawit bermula pada tahun 1914 apabila Henry Fouconnier dari Perancis mula membawa masuk beberapa beg bijih benih sawit untuk ditanam di plot percubaan di Rantau Panjang, Kuala Selangor. Tiga tahun selepas itu ladang komersial pertama telah ditubuhkan dikenali Tennamaram Estate di Batang Berjuntai ( sekarang Bestari Jaya ). Maka bermulalah lembaran sejarah penanaman kelapa sawit di negara kita. Tahun ini, sudah masuk 103 tahun kelapa sawit berada di negara kita. Pada permulaan pembangunan era kelapa sawit pada abad ke-19 sehi...

Penyakit Bintik Oren- (Viroid Variant of CCCVd)

Penyakit Bintik Oren- (Viroid Variant of CCCVd)   1. Dekat pelepah pokok sawit yang tua , kadang kadang boleh tengok simptom penyakit ini. Ada bintik-bintik oren.   2. Penyakit bintik oren terjadi disebabkan oleh varian Viroid Cadang-Cadang Kelapa. ( Viroid Variant of CCCVd). CCCVd adalah singkatan kepada Coconut Cadang-Cadang Viroid Disease.   3. Asal penyakit ini dari tanaman kelapa di Filipina. Kesan penyakit ini kepada tanaman kelapa di Filipina boleh kata agak serius juga.   4. Ada dua jenis viroid yang bawa penyakit ini. Satu jenis monomer 'cepat'  ( CCCVd246, CCCVd247) dan satu lagi jenis monomer 'lambat' ( CCCVd 296, CCCVd 297 ).   5. Di negara kita, kebanyakan viroid yang ada adalah dari jenis yang lambat.   6. Apapun, penyakit bintik oren dari jenis viroid monomer 'lambat'  tak berikan kesan yang teruk pada pokok sawit. Cuma, proses fotosintesis pada daun sawit je akan kurang terganggu sikit.   7. Setakat ini belum ada lagi racun at...