Penyakit Bintik Oren- (Viroid Variant of CCCVd)
1. Dekat pelepah pokok sawit yang tua , kadang kadang boleh tengok simptom penyakit ini. Ada bintik-bintik oren.
2. Penyakit bintik oren terjadi disebabkan oleh varian Viroid Cadang-Cadang Kelapa. ( Viroid Variant of CCCVd). CCCVd adalah singkatan kepada Coconut Cadang-Cadang Viroid Disease.
3. Asal penyakit ini dari tanaman kelapa di Filipina. Kesan penyakit ini kepada tanaman kelapa di Filipina boleh kata agak serius juga.
4. Ada dua jenis viroid yang bawa penyakit ini. Satu jenis monomer 'cepat' ( CCCVd246, CCCVd247) dan satu lagi jenis monomer 'lambat' ( CCCVd 296, CCCVd 297 ).
5. Di negara kita, kebanyakan viroid yang ada adalah dari jenis yang lambat.
6. Apapun, penyakit bintik oren dari jenis viroid monomer 'lambat' tak berikan kesan yang teruk pada pokok sawit. Cuma, proses fotosintesis pada daun sawit je akan kurang terganggu sikit.
7. Setakat ini belum ada lagi racun atau langkah kawalan untuk penyakit OS-CCCVd ini.
8. Apa yang saya tahu, kajian tentang penyakit ini masih dilakukan. Kena kaji dan tengok dari beberapa bidang seperti aetiology, epidemiology dan hubungan hos.
Kena kaji dulu awal-awal. Takut kedian hari, datang yang jenis varian lebih ganas, habis sawit berbintik oren. Okayy, gitulah lebih-lebih kurang.
Kaji sebelum terlambat.
Comments
Post a Comment