Skip to main content

Pokok Duri Tujuh Bilah

Pokok Duri Tujuh Bilah


Try semai keratannya.. 2 minggu lagi Baru tahu jadi ke tak..


Sedikit info tentang pokok Duri Tujuh Bilah yg diambil Dari blog rayyanhaikal..


Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEAN yang lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan jenis paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.


Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.


Kegunaan dan Rawatan.

1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.

2. Sakit Buah pinggang.


Tiga Cara Rawatan:

1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.

2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.

3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.


Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat Jarum Tujuh Bilah ini, daunnya yang matang dipetik sebanyak satu atau dua helai dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau dimakan secara mentah begitu sahaja. Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan memakan daun ini secara berterusan, khasiat daun ini dikatakan mampu atau mungkin boleh melindungi tubuh daripada pelbagai jenis barah. Walaupun begitu, kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah.


Melalui kajian yang telah dilakukan, dikatakan daun Jarum Tujuh Bilah mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi. Walaupun nilai aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C dan vitamin E, tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang.


Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini juga dikatakan mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas. 


Amalan memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah juga dikatakan mampu menghindarkan seseorang daripada menghidap darah tinggi, kencing manis dan barah.


Selain memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah untuk dijadikan ulam, anda juga boleh meminum air rendaman daun ini untuk dijadikan minuman seperti air teh. Anda juga boleh mengisar daun ini menjadi lumat dan dijadikan sebagai jus minuman. Rasa jus ini agak pahit tetapi khasiatnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga diabetes.


Peringatan: Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun.


Kuasa penyembuhan ditangan Allah s.wt, kita hanya berusaha. Jika sakit berlarutan kita harus berjumpa doktor ini sebagai rawatan alternatif sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Biji lerai atau Loose Fruit.Sawit

Harini cuba alat pungut biji relai. Masih dalam percubaan nak tengok makin cepat ke tidak hasilnya. Sebelum ni, geng ini cuma pungut biji satu satu guna tangan. Nak penuh satu guni pun dah makan banyak masa.  Lebihnya guna alat ni, pekerja tak perlu banyak bercangkung. Kurang lenguh di kaki. Yang kerja pun, boleh kata peringkat makcik-makcik. Kesian juga. Biji lerai atau Loose Fruit ni, benda yang selalu boss boss cari bila masuk visit. Haha. Kalau jumpa, boleh bernanah lubang telinga. Tak pun dapat sekeping surat. Loose fruit ni kalau sekali tengok macam tak ada nilai. Tapi hakikatnya, loose fruit ni yang banyak bagi untung bila diproses. Begini, katakan keluasan ladang 1000 Ha dengan dirian pokok ( SPH) 135/ Ha. Tiap pokok ada 10 ke 15 biji tak dikutip.  Berat purata satu biji dalam 10 gram. Setahun pusingan menyabit 30 kali. OER biji relai hantar kilang biasa paling cikai 25% OER. Kira-kiranya,  1000 Ha x 135 SPH x 10 Loose Fruit x 10 g/fruit x 30 round/year x 25% OER ...

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL Pernah dengar buah matoa? Mungkin sebagian besar merasa asing dengan jeni buah ini. Padahal, pohon matoa termasuk salah satu tanaman asli Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai delapan belas meter ini banyak ditemukan di daerah Papua. Uniknya, rasa buah matoa seperti campuran dari beberapa buah kelengkeng, rambutan dan durian. Penasaran apa saja manfaat buah matoa? Yuk simak penjelasannya di sini. Manfaat buah matoa 1. Bantu penuhi kebutuhan vitamin dan mineral suplemen vitamin c cara mengatasi anemia Salah satu alasan kenapa Anda harus mencoba makan buah matoa adalah kandungan gizi yang dimiliki buah ini cukup tinggi. Buah matoa kaya akan vitamin C dan E, yang diandalkan untuk menangkal radikal bebas dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga berguna untuk mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Sedangkan vitamin E dapat membantu memelihara kesehatan kulit dan kesuburan pria. Dalam buah berkonsistensi kenyal ini terkandung pula beberapa mi...

CARA TANAM POKOK TEMBIKAI

 CARA TANAM POKOK TEMBIKAI Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai. Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas. Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah: 1.Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. 2.Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. 3.Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6. 4. Sediakan satu busut...