Skip to main content

kebaikan kulit pisang

Salam semua,perkongsian tentang kulit pisang.. dari membazir buang ke dalam tong sampah, apa kata kita manfaatkan, banyak kebaikan kulit pisang sebenarnya tau..


10 Kegunaan Kulit Pisang untuk tanaman kita. Lepas ni jangan buang ye kulit pisang, boleh jadi baja organik dan suburkan tanah sekaligus, tanaman pun gebus..


Kulit pisang sangat kaya dengan kalsium, magnesium, sulfur, potassium, fosphat dan sodium. Semua bahan ini sangat penting kepada tanaman dari segi pengeluaran akar yang banyak, menggalakkan pertumbuhan dan membantu dalam penghasilan bunga dan buah yang tinggi. Kulit pisang menjadi salah satu alternatif bahan baja organik yang murah dan mudah diperolehi. Bermaksud bukan sahaja boleh menikmati buahnya yang berkhasiat tetapi juga kulitnya boleh diolah semula menjadi zat makanan kepada tanaman.


Berikut adalah 10 kegunaan kulit pisang yang kita semua perlu tahu:


1. Semburan baja

Ramai orang menggunakan kulit pisang sebagai pengganti baja kimia. Kulitnya yang sangat mudah terurai membolehkannya memberikan nutrien apabila digunakan sebagai semburan foliar. Foliar merupakan baja dalam bentuk cecair yang sering digunakan terus kepada daun tanaman. Cara membuat semburan tersebut mudah sahaja iaitu dengan menggunakan bahan seperti kulit pisang, garam, kulit telur. Campurkan semua bahan ke dalam air dan terus semburkannya kepada daun. Anda juga boleh mengisar semua bahan ini dengan menggunakan mesin pengisar.


2. Dijadikan nutrien dalam kompos

Kulit pisang merupakan antara elemen yang mudah untuk terbiodegradasi (dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria). Jadi salah satu cara terbaik ialah dengan menjadikannya sebagai timbunan kompos atau baja. Caranya ialah hanya cincang atau rendam kulit pisang terlebih dahulu dan uraian tersebut akan meningkatkan kandungan kalium dan fosforus dalam baja atau kompos anda.


3. Menyuburkan pokok tomato

Tomato adalah antara sayur yang mudah untuk dijaga tetapi untuk menjadikan tomato anda lebih subur, anda sebenarnya boleh menggunakan kulit pisang. Kandungan seperti kalium, besi dan kalsium yang terdapat dalam kulit pisang akan membolehkan tomato mendapatkan nutrien yang diperlukan sepanjang musim. Hanya letakkan dua kulit pisang di bahagian bawah dan tambahkan semula tanah untuk menutup kulit pisang tersebut. Anda juga boleh letakkan benih tomato di atas kulit pisang yang ditutupi dengan tanah tadi.


4. Baja benih

Memandangkan kulit pisang boleh menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, jadi ia juga sangat baik dijadikan baja untuk benih. Caranya ialah dengan potong beberapa kulit pisang ke dalam kepingan kecil dan tanam ke dalam tanah, letakkan betul-betul di bawah lapisan atau di bahagian bawah bekas tanaman. Pastikan benih tidak menyentuh kulit pisang secara langsung pada masa penanaman kerana ia mungkin akan merosakkan akar kecil anak semaian.


5. Berikan khasiat kepada tanah

Anda boleh memberikan  tanah anda lebih nutrien dengan hanya menanam kulit pisang ke dalam tanah. Gali tanah, letakkan kulit pisang dan tutup kulit tersebut dengan tanah yang sama. Lama-kelamaan kulit pisang tersebut akan mengeluarkan beberapa nutrien penting seperti  besi, kalsium, kalium, dan fosforus.


6. Kawalan kepada serangga aphid

 Potong kulit pisang atau gunakan pisang kering sepanjang satu hingga dua inci dan tanamkan di sekitar pohon yang dijangkiti aphid. Aphid adalah sejenis serangga kecil daripada keluarga Aphididae yang merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan meng­hisap air daun, batang atau akarnya. Bau kulit pisang tersebut dikatakan akan membuatkan aphid akhirnya hilang daripada pokok tersebut. Selain itu, anda juga boleh hanya gantungkan kulit pisang pada pokok yang dijangkiti serangga aphid dan tidak lama kemudian insyAllah serangga tersebut akan hilang.


7. Cuka pisang

Tumbuh-tumbuhan berasid seperti tanaman taman, rhododendrons, beri biru dan azalea mendapat manfaat daripada semburan cuka pisang. Cuka boleh meningkatkan kuantiti asid dan kandungan besi di dalam tanah jika digunakan dalam jumlah yang sedikit. Hal ini membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dalam keadaan lebih baik dan mengeluarkan daun yang lebih sihat. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit pisang, air dan cuka.


8. Menghasilkan air kaya mineral dan nutrien

Jika anda tidak mempunyai kawasan subur yang cukup untuk dijadikan baja, anda boleh ‘menciptanya’ sendiri. Hanya masukkan beberapa kulit pisang ke dalam baldi berisi air dan biarkan selama beberapa hari. Dalam masa beberapa hari selepas itu, anda akan mendapatkan air yang kaya dengan mineral serta nutrien dan boleh digunakan untuk tanaman anda.


9. Perangkap kepada serangga buah

Potong kulit pisang dan letakkannya di dalam bekas plastik dan tuangkan sedikit pati cuka epal ke dalamnya. Lubangkan penutup bekas plastik berisi semua bahan tersebut supaya serangga seperti lalat buah-buahan boleh masuk ke dalamnya dengan tujuan untuk memerangkapnya. Bau cuka dan pisang boleh menarik perhatian serangga tersebut untuk masuk ke dalam bekas yang akhirnya akan membuatkan mereka mati terperangkap di dalam cecair tersebut.


10. Menarik kehadiran kupu-kupu dan burung

Burung dan rama-rama berfungsi dalam proses pendebungaan. Dengan meletakkan kulit pisang masak atau mencincang kulit pisang dapat menggalakkan kehadiran burung dan kupu-kupu ke laman anda. 


Selamat mencuba

Comments

Popular posts from this blog

Biji lerai atau Loose Fruit.Sawit

Harini cuba alat pungut biji relai. Masih dalam percubaan nak tengok makin cepat ke tidak hasilnya. Sebelum ni, geng ini cuma pungut biji satu satu guna tangan. Nak penuh satu guni pun dah makan banyak masa.  Lebihnya guna alat ni, pekerja tak perlu banyak bercangkung. Kurang lenguh di kaki. Yang kerja pun, boleh kata peringkat makcik-makcik. Kesian juga. Biji lerai atau Loose Fruit ni, benda yang selalu boss boss cari bila masuk visit. Haha. Kalau jumpa, boleh bernanah lubang telinga. Tak pun dapat sekeping surat. Loose fruit ni kalau sekali tengok macam tak ada nilai. Tapi hakikatnya, loose fruit ni yang banyak bagi untung bila diproses. Begini, katakan keluasan ladang 1000 Ha dengan dirian pokok ( SPH) 135/ Ha. Tiap pokok ada 10 ke 15 biji tak dikutip.  Berat purata satu biji dalam 10 gram. Setahun pusingan menyabit 30 kali. OER biji relai hantar kilang biasa paling cikai 25% OER. Kira-kiranya,  1000 Ha x 135 SPH x 10 Loose Fruit x 10 g/fruit x 30 round/year x 25% OER ...

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL Pernah dengar buah matoa? Mungkin sebagian besar merasa asing dengan jeni buah ini. Padahal, pohon matoa termasuk salah satu tanaman asli Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai delapan belas meter ini banyak ditemukan di daerah Papua. Uniknya, rasa buah matoa seperti campuran dari beberapa buah kelengkeng, rambutan dan durian. Penasaran apa saja manfaat buah matoa? Yuk simak penjelasannya di sini. Manfaat buah matoa 1. Bantu penuhi kebutuhan vitamin dan mineral suplemen vitamin c cara mengatasi anemia Salah satu alasan kenapa Anda harus mencoba makan buah matoa adalah kandungan gizi yang dimiliki buah ini cukup tinggi. Buah matoa kaya akan vitamin C dan E, yang diandalkan untuk menangkal radikal bebas dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga berguna untuk mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Sedangkan vitamin E dapat membantu memelihara kesehatan kulit dan kesuburan pria. Dalam buah berkonsistensi kenyal ini terkandung pula beberapa mi...

CARA TANAM POKOK TEMBIKAI

 CARA TANAM POKOK TEMBIKAI Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai. Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas. Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah: 1.Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. 2.Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. 3.Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6. 4. Sediakan satu busut...