Skip to main content

Penyediaan media/tanah untuk tanam kantan

Bunga kantan memang selalu kita guna dalam masakan, jadi berbaloi kalau tanam sendiri di rumah, apatah lagi dengan

harganya yang boleh tahan juga mahal.

Kalau tanam guna biji benih

Selain beli dari nursery boleh juga ambil bunga kantan yang dah matang. Cari di kelopak biji yg dah hitam. Itu kira dah boleh dibuat benih. Nak semai kenalah sediakan bekas semaian macam cawan plastik tak pun kalau nak jimat gunalah bekas yg terbuang. Jimat.

2. Penyediaan media/tanah untuk tanam kantan

Kemudian kena sediakan media yg baik, boleh guna potting soil yg dibeli dari kedai nusery. Boleh juga guna media cocopeat yg dicampurkan dgn sekam padi bakar dan vermiculite. Kalau tiada juga media tu semua gunalah tanah hitam atau biasa yang digaul dgn kompos..ok settle

3. Rendam dulu kalau nak bunga elok

Kalau nak nak hasil yg bagus, bunga kembang setaman rendam benih kantan dgn cecair EM (Enoculent microbial) selama sejam dan toskan. Sementara menunggu benih kantan tos airnya, sediakan media semaian dgn memasukkan media ke dalam bekas semaian hingga penuh.

4. Cara tanam

Buat lubang kira-kira 1 inci dlm dan jarak antara lubang 2 inci. Masukkan sebiji kantan pd setiap lubang hinggaselasai dan timbus smula dgn media.

5. Penjagaan

Siram media dgn air yg banyak dan letak ditempat terkena cahaya pada waktu pagi atau petang. Untuk pengetahuan kurang benih kantan mengambil sangat lama utk bercambah lebih kurang 1 bulan lebih hingga 3 bulan. Jangan give up lak.

Selepas 1 bulan lebih, benih bunga kantan akan mula keluar dr permukaan media. Siram dgn air jika perlu. Tak perlu bubuh baja ketika ini.

Setelah anak pokok berusia 3 minggu selepas bercambah. Alihkan anak pokok pada polibag atau pasu.

Jagalah anak pokok kantan dgn melakukan siraman 2 minggu sekali dan sembur baja booster seperti baja cecair ikan atau kompos teh. Bunga kantan mula menghasilkan bunga setelah berusia 8 bulan ke atas.

Tip agar pokok kantan berbunga kerap, banyak & selamat sampailah tiba masa untuk dituai

Untuk berbunga kerap kantan gemar persekitaran yang basah dan lembab.

Kena rajin “bagi hujan” apabila hari tidak hujan dengan menyiram secara semburan halus ke atas.Setelah mula mengeluarkan kudup bunga, letak potongan botol plastik untuk mengelakkan musuh tanaman.



Comments

Popular posts from this blog

Biji lerai atau Loose Fruit.Sawit

Harini cuba alat pungut biji relai. Masih dalam percubaan nak tengok makin cepat ke tidak hasilnya. Sebelum ni, geng ini cuma pungut biji satu satu guna tangan. Nak penuh satu guni pun dah makan banyak masa.  Lebihnya guna alat ni, pekerja tak perlu banyak bercangkung. Kurang lenguh di kaki. Yang kerja pun, boleh kata peringkat makcik-makcik. Kesian juga. Biji lerai atau Loose Fruit ni, benda yang selalu boss boss cari bila masuk visit. Haha. Kalau jumpa, boleh bernanah lubang telinga. Tak pun dapat sekeping surat. Loose fruit ni kalau sekali tengok macam tak ada nilai. Tapi hakikatnya, loose fruit ni yang banyak bagi untung bila diproses. Begini, katakan keluasan ladang 1000 Ha dengan dirian pokok ( SPH) 135/ Ha. Tiap pokok ada 10 ke 15 biji tak dikutip.  Berat purata satu biji dalam 10 gram. Setahun pusingan menyabit 30 kali. OER biji relai hantar kilang biasa paling cikai 25% OER. Kira-kiranya,  1000 Ha x 135 SPH x 10 Loose Fruit x 10 g/fruit x 30 round/year x 25% OER ...

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL Pernah dengar buah matoa? Mungkin sebagian besar merasa asing dengan jeni buah ini. Padahal, pohon matoa termasuk salah satu tanaman asli Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai delapan belas meter ini banyak ditemukan di daerah Papua. Uniknya, rasa buah matoa seperti campuran dari beberapa buah kelengkeng, rambutan dan durian. Penasaran apa saja manfaat buah matoa? Yuk simak penjelasannya di sini. Manfaat buah matoa 1. Bantu penuhi kebutuhan vitamin dan mineral suplemen vitamin c cara mengatasi anemia Salah satu alasan kenapa Anda harus mencoba makan buah matoa adalah kandungan gizi yang dimiliki buah ini cukup tinggi. Buah matoa kaya akan vitamin C dan E, yang diandalkan untuk menangkal radikal bebas dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga berguna untuk mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Sedangkan vitamin E dapat membantu memelihara kesehatan kulit dan kesuburan pria. Dalam buah berkonsistensi kenyal ini terkandung pula beberapa mi...

CARA TANAM POKOK TEMBIKAI

 CARA TANAM POKOK TEMBIKAI Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai. Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas. Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah: 1.Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. 2.Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. 3.Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6. 4. Sediakan satu busut...