Kadang saya perasan jugak dalam FB sesetengah peniaga tersalah bagi info produk baja yang dia jual.
“Soil amendment” claim kata baja. Tapi, hakikatnya fungsi soil amendment belum sampai pada tahap baja.
“Soil amendment” ataupun “ Soil conditioner” dalam bahasa melayu adalah pinda tanah. Fungsinya, untuk merawat dan baiki struktur sifat tanah.
Contoh, kita tabur dolomite untuk naikkan pH tanah. Dolomite masih dikira sebagai pinda tanah walaupun ada juga unsur nutrien Mg dan Ca dalamnya.
Dolomite kena tabur cukup cukup saja. Tak boleh tabur lebih dan ditabur bila perlu sahaja. Bukan tiap tahun kena tabur. Kalau dah terlebih tabur akan bagi kesan pada pokok.
Contoh, unsur seperti ferum, phosphate,boron,mangan dan kuprum tak boleh pokok ambil bila dah terlebih letak dolomite. Ini disebabkan oleh kandungan Ca yang dah terlebih dalam tanah.
Ada yang saya baca, dolomite boleh tahan sampai 3 tahun dalam tanah. Jadi kena periksa pH tanah dulu sebelum tabur.
Kesan terlebih kapur ni akan nampak lepas tiga tahun. Awal awal semua nampak okay, no problem at all kata orang putih.
Secara kasar, setiap satu tan kapor akan menaikkan 0.5 pH untuk satu ekar kawasan.
Untuk tahu secara tepat keperluan pengapuran, kena masuk lab dan kaedah ini dipanggil Kaedah Dun (1973).
Fungsi dolomite ini memang bagus kalau kita tahu untuk apa kita nak guna.
Betulkan balik pemahaman, jangan mudah ikut apa yang orang jual cakap. Itu memang kerja dia untuk jual.
Begitulah lebih lebih kurang.
Tulisan ini tiada kena mengena dengan mana-mana penjual baja.
Comments
Post a Comment