Skip to main content

CPO sawit

CPO sawit sekarang tengah mahal. Molek juga kalau kita susuri sejarah perjalanan sawit di negara kita ni. Saya pecahkan pada empat zaman.


Begini ceritanya lebih-lebih kurang, 


Pada tahun 1848,empat anak benih sawit dari Afrika telah dibawa ke Taman Botani di Bogor Indonesia oleh orang Belanda ( permulaan industri sawit di Asia tenggara). Pada tahun 1880 an tanaman sawit mula ditanam di Deli Sumatera sebagai tanaman hiasan.


Di Malaysia , sejarah penanaman kelapa sawit bermula pada tahun 1914 apabila Henry Fouconnier dari Perancis mula membawa masuk beberapa beg bijih benih sawit untuk ditanam di plot percubaan di Rantau Panjang, Kuala Selangor.


Tiga tahun selepas itu ladang komersial pertama telah ditubuhkan dikenali Tennamaram Estate di Batang Berjuntai ( sekarang Bestari Jaya ).


Maka bermulalah lembaran sejarah penanaman kelapa sawit di negara kita. Tahun ini, sudah masuk 103 tahun kelapa sawit berada di negara kita.


Pada permulaan pembangunan era kelapa sawit pada abad ke-19 sehingga abad 20, hampir kesemua ladang dipelopori oleh bangsa Eropah. Henri Fouconnier bersama sahabatnya dari Belgium, Adrian Hallet menubuhkan Socfin S.A dan merupakan syarikat perintis kepada pekembangan tanaman kelapa sawit.


Selain itu, antara orang Eropah lain yang membangunkan syarikat berasaskan kelapa sawit termasuklah :


1. Alexander Guthrie (Kumpulan Guthrie )

2. Daniel, Smith Harrison & Joseph Crosfield  ( Harrison and Crossfield )

3. William Middleton Sime, Henry d'Esterre Darby dan Herbert Milford Darby (Sime, Darby & Co.) 

4.  Aage Westenholz, seorang rakyat Denmark yang memulakan United Plantations di Teluk Intan, yang dahulu lebih dikenali sebagai Teluk Anson.


Apabila dasar DEB diperkenalkan pada tahun 1956, untuk menerajui pembangunan dan penempatan semula bagi membasmi paras kemiskinan orang Melayu. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah diperkenalkan melalui penjanaan ekonomi melalui tanaman kelapa sawit dan getah. 


Seterusnya, zaman 'tauke besar' bermula.


1.  Robert Kuok (PPB Oil Palms, kemudian Wilmar)

2.  Tan Sri Lee Loy Seng (KL Kepong) 

3.  Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group).

4. Tan Sri Lim Goh Tong ( Genting Plantations)


Dan banyak lagi syarikat sawit yang mula berkembang. Kalau diikutkan, terdapat 45 saham syarikat perladangan yang ada di Bursa Malaysia . Hanya 8 saham yang tak patuh Syariah, yang selebihnya halal untuk dijual-beli.


Begitulah secara ringkas, empat zaman perkembangan industri kelapa sawit di negara kita.

Tq

Comments

Popular posts from this blog

Biji lerai atau Loose Fruit.Sawit

Harini cuba alat pungut biji relai. Masih dalam percubaan nak tengok makin cepat ke tidak hasilnya. Sebelum ni, geng ini cuma pungut biji satu satu guna tangan. Nak penuh satu guni pun dah makan banyak masa.  Lebihnya guna alat ni, pekerja tak perlu banyak bercangkung. Kurang lenguh di kaki. Yang kerja pun, boleh kata peringkat makcik-makcik. Kesian juga. Biji lerai atau Loose Fruit ni, benda yang selalu boss boss cari bila masuk visit. Haha. Kalau jumpa, boleh bernanah lubang telinga. Tak pun dapat sekeping surat. Loose fruit ni kalau sekali tengok macam tak ada nilai. Tapi hakikatnya, loose fruit ni yang banyak bagi untung bila diproses. Begini, katakan keluasan ladang 1000 Ha dengan dirian pokok ( SPH) 135/ Ha. Tiap pokok ada 10 ke 15 biji tak dikutip.  Berat purata satu biji dalam 10 gram. Setahun pusingan menyabit 30 kali. OER biji relai hantar kilang biasa paling cikai 25% OER. Kira-kiranya,  1000 Ha x 135 SPH x 10 Loose Fruit x 10 g/fruit x 30 round/year x 25% OER ...

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL Pernah dengar buah matoa? Mungkin sebagian besar merasa asing dengan jeni buah ini. Padahal, pohon matoa termasuk salah satu tanaman asli Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai delapan belas meter ini banyak ditemukan di daerah Papua. Uniknya, rasa buah matoa seperti campuran dari beberapa buah kelengkeng, rambutan dan durian. Penasaran apa saja manfaat buah matoa? Yuk simak penjelasannya di sini. Manfaat buah matoa 1. Bantu penuhi kebutuhan vitamin dan mineral suplemen vitamin c cara mengatasi anemia Salah satu alasan kenapa Anda harus mencoba makan buah matoa adalah kandungan gizi yang dimiliki buah ini cukup tinggi. Buah matoa kaya akan vitamin C dan E, yang diandalkan untuk menangkal radikal bebas dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga berguna untuk mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Sedangkan vitamin E dapat membantu memelihara kesehatan kulit dan kesuburan pria. Dalam buah berkonsistensi kenyal ini terkandung pula beberapa mi...

CARA TANAM POKOK TEMBIKAI

 CARA TANAM POKOK TEMBIKAI Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai. Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas. Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah: 1.Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. 2.Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. 3.Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6. 4. Sediakan satu busut...