Skip to main content

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum memilih bisnes apa yang hendak diceburi.

MEMULAKAN BISNES PERTAMA


Apabila ekonomi jatuh, banyak orang dibuang kerja. Majoriti akan terfikir mahu membuka bisnes.


Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum memilih bisnes apa yang hendak diceburi.


Bagi individu yang mempunyai banyak duit tunai dalam simpanan, perkara ini lebih penting diambil berat. 


1. Bisnes pertama jarang yang terus berjaya. 


Ada statistik yang menunjukkan 93% bisnes akan bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas ia memulakan operasi.


Jangan positif sangat dalam membuka bisnes pertama. Kita mesti berfikir secara rasional. Jangan yakin sangat bisnes pertama kita boleh terus buat untung.


2. Modal untuk bisnes pertama jangan lebih daripada RM2k. 


Disebabkan kemungkinan bisnes pertama kita itu akan bungkus adalah sangat tinggi, kita perlukan modal untuk mencuba bisnes lain.


Sebenarnya, kemungkinannya kita akan 5 kali mencuba bisnes sebelum berjumpa bisnes yang berjaya. 


Itu sebab jangan bakar semua duit simpanan kita untuk modal bisnes pertama.


3. Pilih bisnes yang jualan dapat dibuat cepat. 


Contohnya, kita menjual karipap goreng. Pagi-pagi kita buat karipap, petang-petang kita sudah boleh goreng karipap dan buat jualan. 


Besok pagi kita buat karipap lagi, petangnya kita goreng dan jual karipap lagi. Pagi modal keluar, petangnya modal sudah dapat balik. 


Dalam masa 24 jam modal kita sudah berpusing sekali pusingan. Dalam masa satu minggu, duit modal kita berpusing 7 kali pusingan. Dalam masa 1 bulan modal kita berpusing 30 kali.


Bisnes pertama jenis macam itu sangat bagus untuk semangat kita. Walaupun untung kita kecil, namun tiap-tiap hari modal kita menghasilkan keuntungan. 


Perasaan bahawa bisnes kita laku dan kita ada buat untung, ini penting dari sudut emosi dan psikologi kita. 


Tiap-tiap hari semangat kita positif, makin hari makin positif. Itu mendorong otak kita berfikir macam mana hendak menaikkan bisnes kita.


Comments

Popular posts from this blog

Biji lerai atau Loose Fruit.Sawit

Harini cuba alat pungut biji relai. Masih dalam percubaan nak tengok makin cepat ke tidak hasilnya. Sebelum ni, geng ini cuma pungut biji satu satu guna tangan. Nak penuh satu guni pun dah makan banyak masa.  Lebihnya guna alat ni, pekerja tak perlu banyak bercangkung. Kurang lenguh di kaki. Yang kerja pun, boleh kata peringkat makcik-makcik. Kesian juga. Biji lerai atau Loose Fruit ni, benda yang selalu boss boss cari bila masuk visit. Haha. Kalau jumpa, boleh bernanah lubang telinga. Tak pun dapat sekeping surat. Loose fruit ni kalau sekali tengok macam tak ada nilai. Tapi hakikatnya, loose fruit ni yang banyak bagi untung bila diproses. Begini, katakan keluasan ladang 1000 Ha dengan dirian pokok ( SPH) 135/ Ha. Tiap pokok ada 10 ke 15 biji tak dikutip.  Berat purata satu biji dalam 10 gram. Setahun pusingan menyabit 30 kali. OER biji relai hantar kilang biasa paling cikai 25% OER. Kira-kiranya,  1000 Ha x 135 SPH x 10 Loose Fruit x 10 g/fruit x 30 round/year x 25% OER ...

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL Pernah dengar buah matoa? Mungkin sebagian besar merasa asing dengan jeni buah ini. Padahal, pohon matoa termasuk salah satu tanaman asli Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai delapan belas meter ini banyak ditemukan di daerah Papua. Uniknya, rasa buah matoa seperti campuran dari beberapa buah kelengkeng, rambutan dan durian. Penasaran apa saja manfaat buah matoa? Yuk simak penjelasannya di sini. Manfaat buah matoa 1. Bantu penuhi kebutuhan vitamin dan mineral suplemen vitamin c cara mengatasi anemia Salah satu alasan kenapa Anda harus mencoba makan buah matoa adalah kandungan gizi yang dimiliki buah ini cukup tinggi. Buah matoa kaya akan vitamin C dan E, yang diandalkan untuk menangkal radikal bebas dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga berguna untuk mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Sedangkan vitamin E dapat membantu memelihara kesehatan kulit dan kesuburan pria. Dalam buah berkonsistensi kenyal ini terkandung pula beberapa mi...

CARA TANAM POKOK TEMBIKAI

 CARA TANAM POKOK TEMBIKAI Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai. Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas. Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah: 1.Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan. 2.Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja. 3.Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6. 4. Sediakan satu busut...