Skip to main content

CARA TANAM POKOK TEMBIKAI

 CARA TANAM POKOK TEMBIKAI


Terdapat pelbagai jenis tembikai yang sesuai ditanam untuk iklim Malaysia. Namun tembikai merah atau nama saintifiknya Citrullus lanatus var. Lanatus dari keluarga Cucurbitaceae menjadi kegemaran ramai. Tembikai merah merupakan tumbuhan yang berasal dari utara Afrika. Ramai beranggapan tembikai perlu ditanam di atas sebidang tanah yang luas. Sebenarnya tanah yang sempit di halaman rumah juga sesuai untuk dijadikan lokasi penanaman tembikai. Antara cara-cara mudah untuk menanam buah tembikai di halaman rumah adalah:


1.Rendam biji benih tembikai dengan menggunakan sedikit racun kulat yang dicampurkan bersama racun serangga. Ia dapat memastikan benih tembikai selamat ketika percambahan.


2.Semai anak benih di dalam bekas semaian yang mengandungi medium khas untuk percambahan biji benih. Pastikan setiap lubang hanya diletakkan sebiji benih sahaja.


3.Anak benih sesuai dipindahkan ke batas tanaman kekal setelah mengeluarkan daun yang ke-6.


4. Sediakan satu busut atau batas tanaman berukuran 3 kaki x 3 kaki dengan ketinggian 6 inci. Pastikan tanah dari jenis ringan atau mengandungi bahan organik yang tinggi. Nilai pH tanah yang bersesuaian untuk tanaman tembikai adalah di antara 6 hingga 6.8. Pastikan busut yang dibina menerima cahaya matahari secara langsung dan tidak terlindung.


5. Letakkan sungkupan di sekeliling anak benih sejurus ia dipindahkan ke batas kekal. Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan dapat mengawal pertumbuhan rumpai.


6. Selepas hari ke-10 hingga 15, anak pokok perlu dipangkas untuk memastikan ia mengeluarkan cabang atau tunas yang baru. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk menghasilkan buah yang lebih banyak.


7. Lakukan pembajaan setiap dua minggu sekali. Untuk peringkat awal pertumbuhan, baja perlu ditabur secara bulatan di sekitar anak pokok. Pastikan jarak baja yang ditabur 30 cm dari pangkal pokok.


8. Pokok tembikai memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran yang sihat dan penghasilan buah yang banyak. Lakukan penyiraman seawal pagi dan pada waktu lewat petang.


9. Kebiasaannya, pokok mula berbunga dan berbuah pada hari ke-60 selepas pemindahan. Untuk mendapatkan hasil buah yang berkualiti, pastikan pokok hanya mempunyai dua biji buah dalam satu masa. Jika terdapat putik yang seterusnya, ia perlu dibuang.


10. Buah tembikai akan menunjukkan tanda-tanda sudah matang atau sedia untuk dituai apabila:


a) Warna putih kulit buah yang bersentuhan dengan tanah bertukar menjadi kekuningan.

b) Apabila ditepuk atau dijentik, buah menghasilkan bunyi seakan-akan berongga.

c) Urat atau jalur pada permukaan kulit buah mula pecah dan pudar.

Comments

Popular posts from this blog

Biji lerai atau Loose Fruit.Sawit

Harini cuba alat pungut biji relai. Masih dalam percubaan nak tengok makin cepat ke tidak hasilnya. Sebelum ni, geng ini cuma pungut biji satu satu guna tangan. Nak penuh satu guni pun dah makan banyak masa.  Lebihnya guna alat ni, pekerja tak perlu banyak bercangkung. Kurang lenguh di kaki. Yang kerja pun, boleh kata peringkat makcik-makcik. Kesian juga. Biji lerai atau Loose Fruit ni, benda yang selalu boss boss cari bila masuk visit. Haha. Kalau jumpa, boleh bernanah lubang telinga. Tak pun dapat sekeping surat. Loose fruit ni kalau sekali tengok macam tak ada nilai. Tapi hakikatnya, loose fruit ni yang banyak bagi untung bila diproses. Begini, katakan keluasan ladang 1000 Ha dengan dirian pokok ( SPH) 135/ Ha. Tiap pokok ada 10 ke 15 biji tak dikutip.  Berat purata satu biji dalam 10 gram. Setahun pusingan menyabit 30 kali. OER biji relai hantar kilang biasa paling cikai 25% OER. Kira-kiranya,  1000 Ha x 135 SPH x 10 Loose Fruit x 10 g/fruit x 30 round/year x 25% OER ...

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL

BUAH MATOA/LONGAN BRAZIL/LONGAN KRISTAL Pernah dengar buah matoa? Mungkin sebagian besar merasa asing dengan jeni buah ini. Padahal, pohon matoa termasuk salah satu tanaman asli Indonesia. Tanaman yang tingginya dapat mencapai delapan belas meter ini banyak ditemukan di daerah Papua. Uniknya, rasa buah matoa seperti campuran dari beberapa buah kelengkeng, rambutan dan durian. Penasaran apa saja manfaat buah matoa? Yuk simak penjelasannya di sini. Manfaat buah matoa 1. Bantu penuhi kebutuhan vitamin dan mineral suplemen vitamin c cara mengatasi anemia Salah satu alasan kenapa Anda harus mencoba makan buah matoa adalah kandungan gizi yang dimiliki buah ini cukup tinggi. Buah matoa kaya akan vitamin C dan E, yang diandalkan untuk menangkal radikal bebas dalam tubuh. Selain itu, vitamin C juga berguna untuk mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Sedangkan vitamin E dapat membantu memelihara kesehatan kulit dan kesuburan pria. Dalam buah berkonsistensi kenyal ini terkandung pula beberapa mi...