Harini cuba alat pungut biji relai. Masih dalam percubaan nak tengok makin cepat ke tidak hasilnya. Sebelum ni, geng ini cuma pungut biji satu satu guna tangan. Nak penuh satu guni pun dah makan banyak masa. Lebihnya guna alat ni, pekerja tak perlu banyak bercangkung. Kurang lenguh di kaki. Yang kerja pun, boleh kata peringkat makcik-makcik. Kesian juga. Biji lerai atau Loose Fruit ni, benda yang selalu boss boss cari bila masuk visit. Haha. Kalau jumpa, boleh bernanah lubang telinga. Tak pun dapat sekeping surat. Loose fruit ni kalau sekali tengok macam tak ada nilai. Tapi hakikatnya, loose fruit ni yang banyak bagi untung bila diproses. Begini, katakan keluasan ladang 1000 Ha dengan dirian pokok ( SPH) 135/ Ha. Tiap pokok ada 10 ke 15 biji tak dikutip. Berat purata satu biji dalam 10 gram. Setahun pusingan menyabit 30 kali. OER biji relai hantar kilang biasa paling cikai 25% OER. Kira-kiranya, 1000 Ha x 135 SPH x 10 Loose Fruit x 10 g/fruit x 30 round/year x 25% OER ...
MEMULAKAN BISNES PERTAMA Apabila ekonomi jatuh, banyak orang dibuang kerja. Majoriti akan terfikir mahu membuka bisnes. Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum memilih bisnes apa yang hendak diceburi. Bagi individu yang mempunyai banyak duit tunai dalam simpanan, perkara ini lebih penting diambil berat. 1. Bisnes pertama jarang yang terus berjaya. Ada statistik yang menunjukkan 93% bisnes akan bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas ia memulakan operasi. Jangan positif sangat dalam membuka bisnes pertama. Kita mesti berfikir secara rasional. Jangan yakin sangat bisnes pertama kita boleh terus buat untung. 2. Modal untuk bisnes pertama jangan lebih daripada RM2k. Disebabkan kemungkinan bisnes pertama kita itu akan bungkus adalah sangat tinggi, kita perlukan modal untuk mencuba bisnes lain. Sebenarnya, kemungkinannya kita akan 5 kali mencuba bisnes sebelum berjumpa bisnes yang berjaya. Itu sebab jangan bakar semua duit simpanan kita untuk modal bisnes perta...